08 June 2011

Saudara Nuruddin membawa 2 lagi rakannya memeluk Islam.

Alhamdulillah. Surau Al Ulum telah menyaksikan saudara Nuruddin membawa 2 lagi rakannya ke Surau Al Ulum untuk melafazkan kalimah syahadah. Baru 2 bulan beliau memeluk Islam, saudara Nuruddin telah membawa 4 orang rakannya ke agama Allah. Semoga Allah akan terus memberikan Saudara Nuruddin dan semua umat Islam di seluruh dunia kekuatan untuk berdakwah untuk menegakkan agama Islam.


Saudara Wong melafazkan syahadah bersama Ustaz Kamal Mahadi. Ustaz memberikan saudara Wong name Muhammad Sajid Bin Abdullah kerana Sajid memberi maksud orang yang suka sujud. Allahu Akbar.


Saudara Lai telah melafazkan syahadah oleh Ustaz Hamzah dan telah diberikan nama Muhammad Hidayat Bin Abdullah. Semoga Allah terus memberikan kita taufik dan hidayah. Amiin

No comments:

Post a Comment

Jadual Kuliah Mei & Jun 2018