02 August 2011

Syahadah pada bulan Ramadhan 1432

Alhamdulillah, kami di Surau Al Ulum sempat berjumpa dengan Ramadhan 1432 pada tahun ini. Seperti biasa Surau Al Ulum menghidupkan bulan Ramadhan dengan akitiviti yang menarik seperti berbuka puasa dengan fakir miskin, warga Kota Damansara, Solat Tarawikh, Tazkirah Ramadan dan berbagai lagi.
Pada bulan yang mulia ini, Surau Al Ulum juga menyaksikan 2 lagi saudara baru melafazkan dua kalimah syahadah.

1) Muhammad Taufik yang telah melafazkan Kalimah syahadah yg dipimpin oleh Ustaz Iqbal


2) Selepas solat Tarawikh, Ustaz Hamim Semaon telah mengislamkan seorang lagi dan telah memberi nama kepadanya sebagai Muhammad Ramadan Lim

Kami di Surau Al Ulum mendoakan supaya saudara-saudara baru kami ini akan mendalami ilmu Islam dengan bersungguh-sungguh dan sentiasa berada dalam keredhaan Allah Taala. Amin.

No comments:

Post a Comment

Jadual Kuliah Mei & Jun 2018